Pokok Jambu Bol / Jamaika (Syngium malaccense)

Berapa ramai dikalangan generasi muda kenal akan buah nadir ini?

Jambu bol merupakan sejenis pokok buah-buahan nadir yang juga di panggil sebagai "Malay Apple" atau ada yang panggil Jambu Jamaika atau Jambu Melaka. Nama biasa jambu ini yang ramai orang kenal ialah Jambu Bol atau Jambu Kayu yang memang ada dimakan segar dan atau pun diproses menjadi halwa atau lain-lain produk.

Pokok Jambu Bol dikategorikan sebagai Jenis Buah Nadir kerana pokok ini kini agak jarang ditemui.

Pokok jambu bol mempunyai batang kayu yang kuat dan mampu tumbuh membesar sehingga 20-25 meter tinggi. Ia mempunyai banyak dahan yang kukuh kayunya (jenis kayu keras) yang boleh dipijak ketika memanjat tanpa patah.

Batang pokok yang besar dan kuat membolehkan ia sesuai dijadikan kayu keras untuk dibuat pelbagai kraftangan. Daunnya berwarna hijau gelap dan tebal dengan berukuran 30 cm panjang serta 15 cm lebar.

Bunga jambu bol mempunyai jambak berwarna merah ungu, pink dan cantik dan akan berguguran diatas tanah semasa musim ia berbunga. Buah jambu bol muda berwarna hijau dan akan menjadi merah ungu bercampur hijau apabila masak.

Rasa buah jambu bol sangat masam semasa muda dan bertukar daripada rasa masam manis apabila masak. Isinya yang berwarna putih krim dan 'spongy' serta berair (juicy). Biji jambu bol lazimnya berbentuk bulat sebesar buah pingpong (jenis besar) dan strukturnya keras. Biji ini berwarna coklat gelap yang sesuai digunakan sebagai biji benih dengan menyemainya dahulu.

Belum ada kajian mengenai khasiat dan kegunaan  biji jambu bol selain daripada untuk dijadihan bahan tanaman. Berat buah lingkungan 200-400 gram sebiji yang berangkai antara 6-10 biji satu tangkai. Jika tidak dituai buah jambu bol akan gugur ketanah bersama biji dan akan tumbuh jadi anak pokok.

Belum banyak buah jambu bol yang diproses untuk dijadikan produk selain daripada halwa dan jus minuman sehingga kini. Daun muda atau pucuk jambu bol pernah digunakan sebagai ulam makan dengan nasi seperti rasa daun pokok gajus dengan dicicah pada sambal belacan atau sambal lain.

Benih pokok jambu bol biasa ditanam menggunakan biji matang yang telah bercambah atau ambil anak benih dari bawah pokok sedia ada. Pokok ini belum ada laporan ditanam secara komersil secara tunggal (monocrop) di Malaysia. Pokok ini ditanam keliling rumah oleh orang dulu-dulu sebagai hiasan dan untuk pengeluaran hasil kegunaan sendiri.

Jarang-jarang kita lihat jambu bol di jual dimana-mana tempat di Malaysia. Kalau ada pun mungkin di kedai buah di pekan-pekan kecil. Buah jambu bol yang masak sedap untuk dimakan segar. Harga sekilogram dipasaran pun pun tidak menentu tetapi anggaran dalam lingkungan RM3.00 - RM5.00 sekilogram.

Penanaman jambu bol mungkin boleh dijadikan sebagai tanaman keliling rumah di kampong dan kawasan taman atau boleh di komersilkan jika ada yang berminat.

NAK ANAK POKOK JAMBU BOL. POKOK BERBUAH RENDAH DAN LEBAT. BUAH BESAR RAPUH DAN MANIS. RM19.00 SAHAJA !!

Boleh tanam dalam pasu besar atau kerek telaga. Induk hybrid pokok berbuah rendah.

WHATSAPP:

http://www.wasap.my/60138133215/jambuB
http://www.wasap.my/60138133215/jambuB
http://www.wasap.my/60138133215/jambuB

FREE!! VITAMIN POKOK PH6.1 khas untuk pokok lebih subur cepat mengeluarkan hasil dan berbuah lebat. Hasil mesti berganda.

COD AREA KELANTAN Pasirputeh, pasirmas, tanah merah, machang, bachok, kota bharu. yang jauh dari kawasan tersebut kami boleh POS.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vitamin Pokok PH 6.1 (Baja Foliar)

Benih Kelapa Tacunan Original