Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

Pokok Jambu Bol / Jamaika (Syngium malaccense)

Imej
Berapa ramai dikalangan generasi muda kenal akan buah nadir ini? Jambu bol merupakan sejenis pokok buah-buahan nadir yang juga di panggil sebagai "Malay Apple" atau ada yang panggil Jambu Jamaika atau Jambu Melaka. Nama biasa jambu ini yang ramai orang kenal ialah Jambu Bol atau Jambu Kayu yang memang ada dimakan segar dan atau pun diproses menjadi halwa atau lain-lain produk. Pokok Jambu Bol dikategorikan sebagai Jenis Buah Nadir kerana pokok ini kini agak jarang ditemui. Pokok jambu bol mempunyai batang kayu yang kuat dan mampu tumbuh membesar sehingga 20-25 meter tinggi. Ia mempunyai banyak dahan yang kukuh kayunya (jenis kayu keras) yang boleh dipijak ketika memanjat tanpa patah. Batang pokok yang besar dan kuat membolehkan ia sesuai dijadikan kayu keras untuk dibuat pelbagai kraftangan. Daunnya berwarna hijau gelap dan tebal dengan berukuran 30 cm panjang serta 15 cm lebar. Bunga jambu bol mempunyai jambak berwarna merah ungu, pink dan cantik dan akan berguguran diatas t

Benih Kelapa Tacunan Original

Imej
𝙅𝙤𝙢 𝙏𝙖𝙣𝙖𝙢 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐏𝐀 𝐓𝐀𝐂𝐔𝐍𝐀𝐍 (RATUS TANDAN) Berasal dari filipina Pokok rendah Buah besar Boleh hasilkan buah 100-200 biji/pokok Kegunaan boleh buat santan/air kelapa muda/pengeluaran benih Air kelapa manis dan isi tebal Boleh Makan hasil seawal 2-3tahun 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔  𝗥𝗠𝟮𝟯 𝗦𝗘𝗣𝗢𝗞𝗢𝗞 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐏𝐀 𝐓𝐀𝐂𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐕𝐀𝐑𝐈𝐄𝐓𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐋 Kelapa Tacunan (Cocos nucifera) merupakan sejenis varieti kelapa yang sangat popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek dengan penghasilan tinggi. Menurut sumber dari Philiphines Coconut Authority (PCA), kelapa varieti tacunan merupakan varieti kelapa terbaik yang digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa. Ia mempunyai permintaan tiinggi dikalangan penanam, pemproses dan juga para pengeksport kelapa di Filipina. Kelapa Tacunan sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk berasaskan isi kelapa dan air kel

Vitamin Pokok PH 6.1 (Baja Foliar)

Imej
Antara bahan utama yang digunakan untuk  vitamin pokok PH6.1 ini adalah: 1.Nitrogen (N) merupakan unsur yang berfungsi di dalam pembesaran untuk daun. 2.Phosphorus (P) penting untuk pembesaran bahagian akar. 3.Kalium (K) membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah. 4.Magnesium (MgO) membantu untuk membentuk warna hijau pada daun dan meransang pembentukan senyawa lemak dan minyak. 5.Trace Element (Ca, Mg, Fe, Mn, Bo, Cu, Zn dan Mg) dapat meningkatkan kualiti tanaman dan juga meningkatkan sistem pertahanan pokok dari serangan kulat dan serangga. Kelebihan Vitamin Pokok PH6.1 : Mengandungi unsur-unsur nutrien yang lengkap dan seimbang untuk meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan. Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta meningkatkan proses fotosintesis dan kandungan gula dalam masa 1 jam selepas semburan. Mengandungi asid humik yang dapat meningkatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan si