Pokok Jambu Bol / Jamaika (Syngium malaccense)
Berapa ramai dikalangan generasi muda kenal akan buah nadir ini? Jambu bol merupakan sejenis pokok buah-buahan nadir yang juga di panggil sebagai "Malay Apple" atau ada yang panggil Jambu Jamaika atau Jambu Melaka. Nama biasa jambu ini yang ramai orang kenal ialah Jambu Bol atau Jambu Kayu yang memang ada dimakan segar dan atau pun diproses menjadi halwa atau lain-lain produk. Pokok Jambu Bol dikategorikan sebagai Jenis Buah Nadir kerana pokok ini kini agak jarang ditemui. Pokok jambu bol mempunyai batang kayu yang kuat dan mampu tumbuh membesar sehingga 20-25 meter tinggi. Ia mempunyai banyak dahan yang kukuh kayunya (jenis kayu keras) yang boleh dipijak ketika memanjat tanpa patah. Batang pokok yang besar dan kuat membolehkan ia sesuai dijadikan kayu keras untuk dibuat pelbagai kraftangan. Daunnya berwarna hijau gelap dan tebal dengan berukuran 30 cm panjang serta 15 cm lebar. Bunga jambu bol mempunyai jambak berwarna merah ungu, pink dan cantik dan akan berguguran diatas t